Mahir Foto Intake 3
11 April 2026 | Aktiviti Terkini
Mahir Foto kini telah memasuki minggu ke-13 sejak kelas bermula pada 10 Apr 2026. Sesi ini telah disertai oleh seramai tiga (3) orang peserta yang terdiri daripada golongan belia dan suri rumah. Pelaksanaan kelas secara fleksibel dan dalam talian memudahkan peserta untuk mengikuti kursus mengikut kelapangan masa masing-masing.
Antara modul yang telah dipelajari termasuk asas fotografi seperti pengenalan dan sejarah fotografi, jenis-jenis kamera, serta mobilegrafi yang merangkumi pengenalan lensa, jenis-jenis lensa dan pemahaman tetapan telefon pintar (exposure, aperture, ISO dan white balance). Selain itu, peserta turut mempelajari asas pencahayaan fotografi serta teknik penggunaan cahaya semula jadi di luar (side light, back light, silhouetting dan front light), dan pelbagai lagi.
Peserta juga diberikan tugasan untuk disiapkan bagi memastikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap setiap modul yang telah dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: